Harga Minyak RON97 Naik 10sen Seliter Lagi.

Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam Isnin, harga petrol RON97 sebelum ini pada  4 Jan 2011, yang diampungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter. 


Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong miggu ini berbanding US$100 sebelum ini.


Beliau berkata penggunaan minyak mentah meningkat mendadak ekoran cuaca sejuk melampau di Amerika Syarikat dan Eropah dan sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah.


Tambahannya lagi harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik sahaja musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.


Sumber : Bernama

Mencipta Rekod Dunia

TARIKH 16 hingga 17 April nanti merupakan detik penting kepada pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin. Ini kerana buat pertama kalinya, beliau akan mencipta rekod dunia bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) selama 24 jam tanpa henti.
Dalam usaha itu, Mohd. Noor kini giat mempersiapkan dirinya dengan melakukan latihan intensif di seluruh negara. Antara lokasi yang dipilih adalah Bukit Broga dan Batu Caves, Selangor; Gunung Tebu dan Bukit Besar, Terengganu; Menara Alor Setar, Kedah; Puncak Universiti Malaysia Sabah dan Gunung Kinabalu, Sabah.
Lebih menarik, kali ini beliau tidak bersendirian menjalani latihan sebaliknya turut ditemani lebih 1,000 pelajar dari beberapa universiti tempatan melalui Program Semarak Misi Rekod Dunia 2011.
Bercerita mengenainya, Mohd. Noor berkata program yang mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi itu sudah bermula sejak Januari lalu dibagikan kepada beberapa fasa.
“Fasa pertama melibatkan Bukit Broga, kemudian diteruskan ke beberapa lokasi lain di seluruh negara sehinggalah April nanti,” katanya.
Tambah Mohd. Noor, sepanjang program, beliau bukan sahaja melakukan latihan intensif bersama pelajar-pelajar berkenaan malah turut memberi motivasi, tip dan berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya.
“Saya mahu golongan ini menyedari tiada apa yang mustahil, asalkan mereka mempunyai keyakinan dan disiplin yang tinggi serta bersedia mengharungi cabaran mendatang.
“Pada masa yang sama, saya mahu melahirkan golongan pelapis yang bersedia melakukan sesuatu yang luar biasa bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga negara,” jelasnya.
Sementara itu, mantan Presiden Kelab Kembara Management & Science University (MSU), Muhammad Zakir Muhammad berkata seramai 50 pelajar dari universiti itu terlibat dalam program yang diadakan baru-baru ini.
Katanya, kesungguhan dan keazaman pendaki solo itu yang berusaha merealisasikan impian perlu dicontohi walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran.
Sumber : KOSMO! Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi