Bila lelaki benar-benar jatuh cinta ?

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… hehehe

Sumber : eizil.com

RapidKL perkenalkan tiket tanpa kertas esok

Pengguna hanya sentuh pembayaran elektronik naik bas

PETALING JAYA: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan sistem tiket tanpa kertas mulai esok bagi mengurangkan transaksi tiket yang mengambil antara 25 hingga 50 peratus daripada keseluruhan waktu perjalanan pada masa ini.
Sistem baru itu yang hanya mengambil kurang lima saat akan dilaksanakan terlebih dulu di laluan depoh bas Jalan Klang Lama membabitkan kawasan Putra Perdana, Puchong, Jalan Klang Lama dan Subang.
Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Prasarana Negara Berhad (PRASARANA), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata pada masa ini, transaksi tiket memakan masa purata 15 saat bagi setiap penumpang, sekali gus sehingga 2.5 minit diambil di setiap hentian bas dengan 10 penumpang.

“RapidKL mempunyai purata 30 hentian dan penggunaan sistem tiket sebelum ini menyebabkan sehingga 50 peratus waktu perjalanan diperuntukkan hanya untuk transaksi tiket,” katanya kepada media selepas sesi penerangan di Pejabat RapidKL di Subang, semalam. 
Sistem tiket tanpa kertas mempunyai empat komponen utama, Mesin Menjual Tiket (TVM); Pembaca Kad Pintar Tanpa Kontak; Mesin Tiket Elektronik serta Sistem Pengesanan Global Binaan Dalam (buit-in GPS) menawarkan ciri fleksibel, elektronik dan integrasi kerana boleh juga digunakan bagi perjalanan dengan monorel serta LRT.

Melalui sistem baru dikenali “Bit Sekali Masuk, Bit Sekali Keluar” itu, pengguna hanya perlu menyentuh kad pembayaran elektronik, Touch ‘n Go ketika menaiki bas dan jumlah maksimum tambang mengikut laluan dicaj akan dipaparkan.
Bagaimanapun, tambang sebenar akan ditolak dan baki akan dipulangkan secara kredit ke dalam kad Touch ‘n Go selepas penumpang menyentuh kad apabila keluar dari bas di destinasi dipilih.

Selain membeli lebih daripada satu tiket menggunakan kad sama, pengguna juga boleh menambah nilai dengan mudah di dalam bas dinaiki dan baki dalam kad akan dipulangkan berserta deposit RM2 sekiranya penumpang tidak mahu menggunakan kad Touch ‘n Go mereka lagi.

Penggunaan sistem baru akan dilaksanakan bagi laluan Kajang, Cheras dan Sungai Besi pada 8 Mac; Sentul, Segambut, Lembah Pantai (11 Mac); Keramat, Melawati, Gombak (14 Mac); Shah Alam, Puncak Perdana, Klang (17 Mac); Selayang, Batu Caves (19 Mac); Kepong Mah Sing, Damansara Jalan Duta (21 Mac); Kelana Jaya, SS2, Sea Park (23 Mac) dan Pandan, Ampang (26 Mac).
INFO: Laluan bas RapidKL tiket tanpa kertas 


  • Kajang, Cheras dan Sungai Besi (8 Mac). 
  • Sentul, Segambut, Lembah Pantai (11 Mac). 
  • Keramat, Melawati, Gombak (14 Mac). 
  • Shah Alam, Puncak Perda-na, Klang (17 Mac). Selayang, Batu Caves (19 Mac). 
  • Kepong Mah Sing, Damansara Jalan Duta (21 Mac). 
  • Kelana Jaya, SS2, Sea Park (23 Mac). 
  • Pandan, Ampang (26 Mac). 
Sumber : Berita harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi