Restoran 24 jam antara penyumbang rakyat kita gemuk

Buat pengetahuan umum, masalah ini sebenarnya sudah lama berlaku di negara kita. Masalah obesiti ini timbul akibat lambakan restoran yang beroperasi 24 jam. Jika diamati, terdapat banyak kesan negatif wujud akibat senario yang sedang hangat diperkatakan ini. Antaranya :  Wujudnya golongan melepak yang sering mengabdikan diri mereka di restoran berkenaan hingga jam 3 pagi. Wujud golongan pekerja yang tidak proaktif akibat kurangnya rehat pada sebelah malam. Bagi golongan pelajar, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas akibat mengantuk.  Hal ini kerana, waktu tidur mereka dibazirkan di restoran bersama rakan-rakan...

Ucapan salam disertai berjabat tangan eratkan persaudaraan

UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat mungkin kerana sudah terbiasa mengucapkan ‘hello’ dan ‘bye-bye’ apabila bertemu serta berpisah sehingga ucapan salam yang mulia, dipinggirkan.  Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Kalangan sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Nabi bersabda: Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat...

Dedahkan keaiban orang bukan ikut syariat Islam

Usaha memelihara kepentingan sesama Muslim tidak akan tercapai jika fitnah berleluasa  MEMALUKAN seseorang dengan mencari dan mendedahkan keaiban pada mata masyarakat adalah perbuatan mazmumah. Soal mencari dan mendedahkan keaiban orang lain ini dengan sesuka hati sangat dipandang berat oleh Islam. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka terhebahnya tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Nur: 19) Atas dasar ini maka dikehendaki...

Syaitan sukar gugat mereka beriman

HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan...

Ikat, tikam, sembelih

SENTUL: Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dipercayai seorang India Muslim, memakai baju kemeja belang, berseluar panjang, berselipar dan berbadan agak gempal.“Ketika ditemui, tangan mangsa dalam...

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?

Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak. Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah...

TV jadi ahli keluarga paling mencurigakan

Zionis guna televisyen sebagai alat propaganda paling zalim untuk rosakkan imej Islam  BABAK berkucupan antara dua bibir hampir menjadi menjadi kelaziman di ruang tamu kita. Watak wira menendang musuh dan melepaskan tembakan bertubi-tubi bukan asing. Bagi yang putus cinta, tentu asyik menonton filem romantik yang syahdu dan melankolis. Jejaka menarik tangan dara, mengucup jemarinya dan berlalu. Air mata pun bercucuran dan plot demi plot semakin mengharukan isi keluarga. Bagai tenggelamnya kapal Titanic, masing-masing sendu di ruang tamu. Bagi si kecil pula, watak Doraemon, Hagemaru, Ninja Boy, Spiderman dan Detective Conan menjadi teman...

Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

AMALAN bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa. Firman Allah bermaksud: “Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah: 271) Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak...

Starting New

Assalamualaikum... Nampak gaya nie adalah first time aku wat blog, selalunya aku yang view blog member-member aku. Kalau ada kekurangan dalam blog aku nie, harap beri la komen yang membina, supaya aku boleh la baik pulihkan blog aku nie..hmm..satu lagi aku nak bagitau korang yang aku nie suka dengan hiburan. Mungkin blog aku nie akan penuh dengan kord,lirik lagu dan video klip lagu. Plus, aku akan selitkan jugak la aku punya aktiviti aku(kalau ada yang menarik la..)..haha..aku harap korang enjoy la dengan isi-isi yang ada dalam blog aku nie.. Let's start this blog..(^_...

Pages 391234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi