Badan hak asasi Yahudi dedah kemusnahan terbanyak tahun ini

TEL AVIV: Tentera Israel memperhebat pemusnahan kediaman Palestin di Tebing Barat tahun ini menyebabkan 700 orang kehilangan tempat tinggal.
Kumpulan hak asasi manusianya, B'Tselem dalam kenyataan berkata, tentera Israel memusnahkan 103 kediaman tahun ini membabitkan 700 penghuni.
Angka kemusnahan itu lebih tinggi berbanding pada 2010 apabila 86 kediaman dimusnahkan dengan rejim Zionis mendakwa hanya memusnahkan kediaman yang dibina tanpa permit.

B'Tselem berkata, penduduk Palestin tiada pilihan lain kerana Israel yang menguasai Tebing Barat jarang memberi kebenaran kepada penduduk Palestin membina rumah.

Selasa lalu, jentolak Israel memusnahkan beberapa kediaman Palestin di bandar al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat.

Israel menawan Tebing Barat bersama wilayah Palestin lain di al-Quds (Baitulmaqdis) pada 1967.
Selepas laporan itu disiarkan, pertubuhan Human Rights Watch menghubungi Tel Aviv bagi memintanya berhenti memusnahkan kediaman penduduk.

Perkembangan itu berlaku ketika Tel Aviv meneruskan pembinaan untuk kaum Yahudi selain memperhebat penempatan dan perluasan di kawasan dicerobohi.

“Pihak berkuasa Israel enggan memberi permit bina kediaman kepada penduduk Palestin, sebaliknya terus merobohnya dan memberi hak kepada pendatang Yahudi untuk membina sebelah rumah.

“Masyarakat antarabangsa patut mendesak Israel segera menamatkan tindakan diskriminasi itu.

Undang-undang penjajahan termasuk di Tebing Barat melarang tentera Israel memusnahkan hartanah awam Palestin serta memindahkan mereka
“Tentera Israel juga tidak menuntut tempat itu sebagai miliknya dan hanya memberitahu memerlukan faktor keselamatan,” katanya. – Agensi 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi