Anda ingin bergaul secara baik dan sopan?

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam...

Wenger tetap optimis

LONDON - Arsene Wenger masih belum menyerah kalah dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England meski- pun Arsenal sekadar seri 1-1 dengan Liverpool di Stadium Emirates kelmarin.Pengurus skuad The Gunners itu yakin pasukan tersebut masih mampu memintas Manchester United di kedudukan teratas tetapi para pemain perlu berjuang sehingga akhir saingan musim ini.Arsenal hampir berjaya meraih tiga mata penuh menerusi sepakan penalti Robin van Persie pada minit ke-97 tetapi Dirk Kuyt berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool minit ke-101, juga me- nerusi sepakan penalti.Dengan keputusan seri itu, Arsenal kini ketinggalan enam mata di...

Happy birthday to me..

Hari ini adalah hari istimewa buat diriku ini,Ia satu tarikh ulang tahun kelahiran saya ke dunia fana ini. Nampaknya, saya dah melangkau satu lagi usia iaitu yang ke-21 tahun. Tahniah pada diriku ini.Tapi,bila difikirkan balik, apa yang dah saya buat selama 21 tahun ini. Saya rasa anda pun akan merenung kembali apa yang telah lakukan selama ini. Adakah kita terisi usia kita dengan kerja-kerja berfaedah dan beribadah, atau adakah kita mengisikan usia kita dengan perkara-perkara yang sia-sia dan dan banyak melakukan dosa. Hmm... Jom kita renung-renungkan kembali dan muhasabah diri kita. Adakah kita memilih jalan yang betul dan diredhai...

Pendaki lancar ekspedisi bersihkan Everest

PENDAKI gunung Jepun, Ken Noguchi menunjukkan sebahagian daripada 1,600 kilogram sampah sarap yang dibawa turun dari Gunung Everest dalam foto 2001. KATMANDU: Sepasukan pendaki gunung diketuai veteran Sherpa terbang ke Gunung Everest semalam dalam satu ekspedisi untuk membersihkan bertan-tan sampah ditinggalkan di puncak tertinggi dunia itu. Sejak Everest kali pertama ditakluk pada 1953, ribuan orang sudah mendakinya, meninggalkan botol oksigen kosong, tali, khemah dan sampah lain yang menjadikan perjalanan mereka lebih mudah.Kerajaan Nepal sejak itu mengenakan peraturan supaya pendaki membawa turun segala yang mereka bawa ke atas pergunungan...

Elak riak dalam ibadat

SEGALA amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah.Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, mahu dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada reda dalam mentaati Allah. Kita berniaga tetapi sering lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah. Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah, perkara itu seperti...

Pages 391234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi