Hari ini adalah hari istimewa buat diriku ini,Ia satu tarikh ulang tahun kelahiran saya ke dunia fana ini. Nampaknya, saya dah melangkau satu lagi usia iaitu yang ke-21 tahun. Tahniah pada diriku ini.Tapi,bila difikirkan balik, apa yang dah saya buat selama 21 tahun ini. Saya rasa anda pun akan merenung kembali apa yang telah lakukan selama ini. Adakah kita terisi usia kita dengan kerja-kerja berfaedah dan beribadah, atau adakah kita mengisikan usia kita dengan perkara-perkara yang sia-sia dan dan banyak melakukan dosa. Hmm... Jom kita renung-renungkan kembali dan muhasabah diri kita. Adakah kita memilih jalan yang betul dan diredhai oleh Allah. Moga-moga kita semua ini dijalan yang benar. InsyaAllah. Sama-samalah kita renung sejenak.
Boleh tahan gak ucapan hari jadi saya ni. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang mana telah mengirimkan ucapan melalui SMS, facebook, twitter, myspace, friendster, tagged, blog dan sama waktu dengannya. Saya ucapankan terima kasih, thank you, shukran jazilan, arigato, merci (french) dan grazie (italian) kepada semua.
0 comments:
Post a Comment