Mungkin kita terlupa sesuatukan? Hari kiamat. Kalau kita lihat kembali disekeliling kita ini, antaranya:
- Manusia semakin ramai dan dunia pulak semakin sempit.
- Ekonomi semakin meningkat dan pembangunan semakin pesat.
- Manusia berlumba-lumba nak buat bangunan yang mewah dan tinggi, hutan ditebang dan alam sudah tak seimbang lagi.
- Manusia sekarang ini semakin hilang rasa kasih sayang sesama manusia, semakin banyak pembunuhan berlaku sampai ada orang yang sanggup membunuh anaknya sendiri dan begitu jugak ada yang sanggup membunuh ibu atau bapanya sendiri.
- Sekarang ini sifat cemburu dan dengki semakin banyak bersarang di hati manusia begitu jugak sifat munafik dan tidak amanah.
Sebenarnya kiamat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu termasuklah kiamat perseorangan. Iaitu, kiamat khusus bagi seseorang itu adalah kematian kita sendiri dengan kata lain, saat perpindahan seseorang itu dari alam dunia ke alam yang lain iaitu alam barzakh, yang merupakan taman syurga atau lubang neraka bagi seseorang itu. Manakala kiamat besar-besaran atau secara keseluruhan ialah hancurnya seluruh alam, tidak ada yang kekal kecuali Allah SWT.
Jadi, kita janganlah hanya melihat kepada kiamat yang sebenar sahaja, baru kita nak bertaubat atau insaf. Sepatutnya kita hendaklah melihat juga kepada kiamat kecil kita iaitu kematian kita sendiri. Kita hendaklah menilai diri kita,
- Adakah kita sudah bersedia dengan kedatangan kiamat?
- Adakah amalan kita sudah cukup sempurna?
0 comments:
Post a Comment