Tafsir Mimpi Mengikut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian, antaranya :
  • Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  • Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  • Bermimpi memasuki masjidil haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  • Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  • Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca Qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  • Jika bermimpi membaca Qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  • Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  • Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  • Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  • Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  • Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  • Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  • Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  • Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  • Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  • Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  • Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  • Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  • Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  • Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  • Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akanmendapat keuntungan yang besar
  • Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • Jikabermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jikamakan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akantercapai
  • Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  • Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  • Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  • Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  • Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginyadengan sesuatu, segala kehendak akan diperolehnya dan dialah waliallah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  • Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  • Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MuCHi