Peliknya umat akhir zaman..
~menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt dikalangan kita yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa? berapa sgt dari kita yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umat akhir zaman..
~sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid, tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.
Peliknya umat akhir zaman..
~gembiranyer dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai dari kita yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai dari kita yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umat akhir zaman..
~sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari dari kita, mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.
Peliknya umat akhir zaman..
~setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.
Peliknya umat akhir zaman..
~setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.
Peliknya umat akhir zaman..
~setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. hmm... pikir la sendiri...
0 comments:
Post a Comment