- Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak - Kalau terjatuh daripada basikal
Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak - Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus - Kalau terjatuh dalam longkang
Pungutlah sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. Hoh! - Kalau jatuh ketika hendak menaiki bas
Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda - Kalau terjatuh di hadapan bus stop
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring terus sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop itu.. haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula! - Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin
Tarik kawan(atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu
Sumber : Chokilala
1 comments:
tips yang berguna..sangaaaaaat..haha
Post a Comment